TARBIYAH MENGISI KEMENANGAN

MUQADDIMAH

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Raja segala Kerajaan (Al-Malik Al-Mulk) di atas anugerah kemenangan kepada PAS sebagai Harakah Islamiyah bagi mendaulatkan Islam khususnya di bumi Kedah. Sebagai amilin yang mendokong perjuangan ini semestinya kemenangan ini sesuatu yang sangat dinantikan setelah lebih 50 tahun berjuang. Pelbagai reaksi dapat dilihat dari para pendokong dan penyokong PAS dalam meraikan kemenangan anugerah Allah ini. Namun persoalannya adakah semua reaksi kemenangan tersebut selaras dengan apa yang dianjurkan Islam atau tidak. Usrah kali ini ingin mengajak semua amilin PAS khususnya di Parlimen Padang Serai untuk bermuhasabah mengenainya demi untuk memastikan kemenangan ini terus menjadi landasan menuju keredhaan Allah dalam usaha kita untuk mencapai matlamat yang utama daripada Harakah Islamiyah yang kita dokong ini.

Mafhumnya : Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (1) Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong (2) Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima Taubat (3) (Al-Nashr: 1-3)

KEMENANGAN JUGA UJIAN ALLAH

Setiap perjuangan semestinya mengharapkan kemenangan. Namun kemenangan ini sering ditakrifkan sebagai buah yang diperolehi hasil daripada usaha dalam perjuangan semata-mata tanpa menyedari ianya juga anugerah Allah untuk menguji para pejuang yang berjuang di jalanNya. Kesilapan dalam memahami erti kemenangan ini mampu merosakkan kesucian matlamat sesebuah harakah yang pada asalnya menggariskan matlamat yang lebih suci daripada kemenangan ini. Firman Allah SWT:

Mafhumnya : Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-An’am : 165)

Justeru itu amilin PAS seharusnya menyedari hakikat ini dan bersedia menghadapi ujian ini dengan penuh keimanan bahawa setiap tindakan manusia adalah ditaklifkan Allah. Kesedaran ini akan memandu amilin PAS sebagaimana seharusnya kita bersyukur dan mengisi kemenangan ini agar ianya tidak menjadi hujah ke atas kita di hari perhitungan nanti.

KEMENANGAN HANYA ALAT DALAM PERJUANGAN

Kemenangan yang dicapai dalam sesuatu perjuangan hendaklah disedari sebagai alat dalam perjuangan untuk mencapai matlamat mendaulatkan Agama Allah di muka bumi ini. Segala yang diperolehi daripada kemenangan ini hendaklah digunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat tertinggi dengan segala tumpuan secara berhikmah agar kemenangan ini tidak menjadi “dhirar” kepada Harakah Islamiyyah seperti PAS yang boleh merencatkan usaha mendaulatkan Islam. Firman Allah SWT:

Mafhumnya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasul-Nya sejak dahulu [660]. Mereka Sesungguhnya bersumpah :”Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” dan Allah menjadi saksi bahwa Sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) (107) Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. di dalam mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri, dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih (108) (al-Taubah:107-108)

Kuasa yang diperolehi daripada kemenangan hendaklah digunakan sebagai alat dalam kaedah penyempurnaan dakwah Islam untuk menarik masyarakat kepada Agama Allah yang menjadi tanggungjawab utama pemimpin Islam. Kekuasaan atau kemenangan ini tidak boleh melalaikan amilin PAS daripada berjihad pada jalan Allah sebagaimana masjid yang menjadi tempat yang suci bagi umat Islam juga tidak boleh menjadi tempat yang melalaikan ummah daripada berjihad. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW selepas diberi kuasa memimpin negara Islam Madinah. Baginda SAW tidak menjadikan kuasa hanya untuk memimpin ummah semata-mata tetapi menjadikannya sebagai alat untuk menyempurnakan misi dakwahnya. Teladan ini juga diteruskan oleh Khulafa’ Al-Rashidin yang menggantikan baginda SAW.

KEMENANGAN BUKAN TEMPAT UNTUK MEREKA YANG MENGEJAR KEDUNIAAN

Kemenangan yang dperolehi dalam perjuangan ini hendaklah diisi dengan penuh keinsafan sebagai amanah Allah kepada manusia yang menjadi “Khalifatullah fil Ardh”. Manusia bukannya “Rabb” yang boleh menentukan sendiri halatuju pentadbiran di bumi Allah ini atau mengambil apa sahaja peluang keduniaan yang terhidang daripada perolehan kuasa ini, tetapi kita adalah “pengganti” untuk memakmurkan bumi MILIK ALLAH yang merupakan “RABB” bagi alam ini. Justeru itu jangan merebut kesenangan dunia daripadanya kerana ia bukan milik kita dan bukan hak kita. Sikap ini harus dikikis daripada amilin PAS yang merupakan sebuah Harakah Islamiyah bukan sekadar Parti Politik semata-mata. Firman Allah SWT:

Mafhumnya : Dan di antara manusia ada orang yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”, Maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah, dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata : “Sesungguhnya kami adalah bersamamu”. bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? (10) Dan Sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman; dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang munafik (11) (Al-Ankabut :10-11)

Wallahu ‘a’lam…

Lajnah Tarbiyyah & Kepimpinan
PAS Kawasan Padang Serai

Advertisements

TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH : PASCA PRU KE-12

MUQADDIMAH :

Tarbiah tidak dapat dipisahkan dalam sejarah Dinul-Islam dan kebangkitan kejayaan gerakan Islam. Tarbiah membawa maksud latihan, pendidikan dan pembentukan untuk melengkapkan seorang individu Muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, sosial, intelek dan kemahiran. Akan tetapi, Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan, ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da’i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-‘Auf.

TARBIAH : ELEMEN & KEPENTINGANNYA :

Seringkali terlafaz di bibir oleh setiap ahli pendokong gerakan Islam perkatan “TARBIAH”. Persoalannya: apakah kita memahami ataupun sekurang-kurangnya kita mengenali apa itu “TARBIAH” di dalam konteks harakah islamiyyah..????? Apakah kepentinganya pula..???? Marilah kita sama-sama: tepuk dada,Tanya iman & ilmu kita…

Elemen atau rukun bagi TARBIAH ialah :

1) Rabbaniah :
Mestilah bersumberkan dengan sumber wahyu ketuhanan dan juga berdasarkan kaedah-kaedah yang dibenarkan syara’.

2) Syumul :
Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah Takamul tersebut adalah menyeluruh dan saling menyempurnakan dengan memenuhi matlamat fitrah ISLAM sebagai Ad-Din, meraikan fitrah kemanusiaan dan bertepatan dengan senario keperluan dan tuntutan
semasa gerakan Islam.

3) Bina’ :
Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah
Ijabiyyah tersebut berlakunya proses pemeringkatan individu Muslim yang
ditarbiah dan jemaah tersebut secara positif dan efektif ke arah
pembentukan matlamat ”soleh & muslih”.

4) Ukhuwwah :
Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah
Jamaah tersebut yang dibuat membentuk semangat persaudaraan dan
kekitaan secara kolektif di kalangan ahli gerakan Islam tersebut.

Setelah kita menyelami elemen tarbiah, marilah kita mentadabbur( menghayati) kepentingan tarbiah kepada setiap ahli gerakan Islam dalam analogi ini: TARBIAH adalah seperti bahan bakar enjin kenderaan bagi individu Muslim Haraki yang akan melaksanakan Amal Islami: samada gerak kerja dakwah, politik(siasah), ekonomi, kebajikan, dan lain-lain lagi. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan bertahan lama, ia akan menyebabkan nafas perjalanan Amal Islami seseorang individu tersebut; tidak bertahan lama dan akan berhenti/mati pada bila-bila masa sahaja.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH DI ERA PASCA P/RAYA UMUM KE-12

Pada pandangan dan pemerhatian secara peribadi, TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH mestilah diperkasakan perlaksanaannya dengan mengekalkan asasnya tetapi dianjalkan perlaksanaannya dengan senario kini.

1) Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal serta seterusnya mencapai kejayaan ISLAM & gerakan Islam pada masa akan datang nanti. Melalui tarbiahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH yang mempunyai manhaj dan matlamat yang lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya serta bertetapatan dengan waqi’(keadaan dan tempat semasa) yang mampu mencapai kejaayaan ini.

2) Aktiviti TARBIAH RUHIYYAH / IMANIYYAH mestilah dilaksanakan secara lebih sistematik dan formalti/rasmi serta meluas terutamanya di negeri-negeri yang diberikan mandat oleh Pakatan Rakyat. Ini disebabkan menurut Al-Syeikh Mustafa Masyhur bahawa tarbiyah ini adalah bertujuan bagi pembersihan jiwa yang diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikian itulah bagi manusia apatah lagi kepada ahli pendokong gerakan Islam. lman yang berada dalam iiwa manusia ibarat roh yang sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:”Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.’ (HR Al Hakim dan At Tabrani)

3) Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqah, usrah yang dijadikan sebagai entiti Unit Skuad Kerja Rakyat, pengajian ilmu yang meluas dan fleksibiliti seperti forum perdana, seminar/wacana ummah berkebajikan, diskusi/dialog rakyat, kolokium/jambori perdana; yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan rijal haraki yang soleh & muslih.

PENUTUP :

Besarlah harapan generasi Islam dan umat manusia di masa kini bagi menjadikan Dinul Islam sebagai satu alternatif mutlak penyelesaian kepada masalah manusia dan dunia di era millennium ini dengan berteraskan kepada keimanan dan kenyakinan yang jitu kepada Islam, bukannya disebabkan kegagalan system-sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap, pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses melalui TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH yang bersumberkan kepada sumber-sumber rabbani yang dibenarkan syara’ serta selari dengan tuntutan semasa kini. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses tarbiah ini. Malah, tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan mahupun ahsilnya tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu ahli gerakan Islam yang mendabik dadanya dan melafazkan katanya: ”Aku adalah pendokong Islam”. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap Muslim bahawa masa depan kelak adalah milik ISLAM.

  • Blog Stats

    • 215 hits